Monday, October 10, 2011

Cadangan kenaikan elaun MP ditarik balik




Cadangan mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli parlimen telah dibatalkan kerana mendapat tentangan daripada pembakang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.




Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen hari ini, Nazri berkata beliau telah menarik balik cadangan berkenaan.


Pada pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu, perdana menteri berkata menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli-ahli parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik, kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan mereka.


Bagaimanapun menurut Datuk Seri Najib Razak cadangan itu dengan syarat, kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Ini termasuklah ahli parlimen Bebas.

No comments:

Post a Comment