Selepas melepasi tahap sesi ujibakat di mana komposer, Ajai dan pengarah muzik, Lok U menjadi juri, kesepuluh peserta ‘Vokal…Bukan Sekadar Rupa’ kini terpaksa berhadapan pula dengan dua juri tetap VOKAL iaitu pengkritik tegar program, Azmeer dan juga primadona filem, Erra Fazira serta penampilan seorang juri jemputan pada setiap minggu.
Konsert mingguan pertama ‘Vokal…Bukan Sekadar Rupa’ yang berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam tadi menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan pertama yang diundang untuk memberi komen kepada peserta. Malam tadi, lima daripada sepuluh finalis beraksi pada konsert mingguan pertama dengan menyaksikan peserta, Epiit dari Taiping, Perak menjadi peserta pertama yang tersingkir.
Azmeer dikatakan terlalu lantang dalam melontarkan komennya serta agak kasar ketika berinteraksi dengan pengacara, Faizal Ismail. Tidak melenting ketika disoal mengenai isu ini, Azmeer mempunyai alasan tersendiri dengan tindakannya itu.
“Jika tengok dari cara saya mengajar serta komen saya dari program realiti yang terdahulu, saya memang ikhlas. Jika tidak ada orang tegur, siapa lagi yang akan tegur mereka, sudah tentu saya. Kalau keluarga atau kawan-kawan mereka yang komen, sudah tentu semuanya yang bagus-bagus dan positif.
“Jika kita tak ikhlas ketika komen kepada mereka, seseorang itu tak akan perbaiki kesilapan mereka. Itu stail saya, saya nak latih mereka untuk hilangkan rasa takut. Jika nak menjadi penyanyi yang baik, kenapa kita nak kena takut dengan kritikan. Saya nak tunjuk macam mana cara nak hilangkan rasa takut serta mahu mereka belajar dari awal.”
Apabila ditanya tentang penggunaan perkataan ‘aku’ yang dikatakan agak kasar itu, Azmeer menjawab, “Kenapa nak pertikaikan perkataan ‘aku’ itu. Masa akad nikah pun orang menggunakan perkataan aku. Lagipun perkataan itu terkandung dalam Al-Quran,”jelasnya mengakhiri perbualan,
Namun, ada kalanya kita boleh bagi komen yang sedikit menjatuhkan maruah orang. Tapi, mestilah dalam bentuk kasih sayang dan dengan cara penyampaian yang betul.
No comments:
Post a Comment