Thursday, September 8, 2011

Wak AG & Usop Nak Beri Duit Raya!


Lebih daripada RM60,000 bakal dihadiahkan dua penyampai Hot FM, Wak AG dan Usop, sebagai berkongsi kegembiraan sempena Syawal ini.



Selama tiga minggu bermula 12 September, stesen radio Hot FM bersama akhbar Berita Harian akan mengadakan peraduan 'Beraya bersama Wak AG dan Usop'. Pendengar hanya perlu setia bersama Hot FM dan menantikan isyarat yang diberi.

Jika ia isyarat memanggil, anda perlu menjadi pemanggil kelima yang berjaya menembusi talian Hot FM.

Untuk isyarat SMS, hantarkan SMS BERAYA ke 33399. Pengirim SMS terpantas akan dihubungi penyampai Hot FM.

Kemudian, pendengar perlu meneka tajuk lagu untuk lirik yang dinyanyikan secara bersama oleh Wak AG dan Usop. Lirik yang dinyanyikan adalah lirik dari lagu yang sama, cuma kedua-dua karektor ini menyanyikannya mengikut gaya mereka tersendiri.

Bersesuaian dengan tema peraduan, 'Beraya bersama Wak AG dan Usop', lagu-lagu yang didendangkan adalah berkisarkan tentang Raya.

Sekiranya pendengar dapat meneka lagu tersebut dengan tepat, RM500 akan menjadi kepunyaannya. Jika lagu tersebut gagal diteka dengan tepat, wang RM500 itu akan dibawa ke sesi seterusnya.

Yang perlu diingati:
1. Kempen bermula 12 September hingga 2 Oktober 2011 selama 3 minggu.

2. Kempen akan berlangsung lapan kali sehari dari Isnin hingga Jumaat, dan dua kali sehari dari Sabtu hingga Ahad.

3. 10 tajuk lagu Raya akan disiarkan di Berita Harian (Isnin – Jumaat) dan lapan daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu dikeluarkan.

4. Enam tajuk lagu Raya akan disiarkan di Berita Harian (Sabtu dan Ahad) dan empat daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment