Thursday, September 8, 2011

Tiada Bukti Untuk Dakwa Mat Sabu, Tapi Ada Banyak Bukti Mat Sabu Untuk Dakwa Utusan

Polis: Kertas siasatan kenyatan Mat Sabu siap

Polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa berkata pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya dalam tempoh terdekat.

Katanya polis telah mengambil keterangan daripada timbalan presiden PAS itu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Ahad lalu.


"Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.
Beliau berkata Mohamad Sabu turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Sehingga semalam, sebanyak 266 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara, kata Ayub.


Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dalam ceramah itu walaupun diminta berbuat demikian oleh pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya yang juga pengerusi DAP Karpal Singh. - Bernama





Tinggal 24 jam sebelum Utusan disaman


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menghantar notis supaya Utusan Malaysia supaya menarik balik laporan dan memohon maaf di atas penyiaran laporan bertarikh 27 Ogos lalu yang didakwa berunsur fitnah.


Katanya, beliau memberikan tempoh selama 24 jam untuk berbuat demikian sebelum menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran laporan muka depannya bertajuk "Mat Sabu Hina Pejuang".


"Utusan Malaysia pada 27 Ogos yang tulisannya pada muka depannya langsung tidak sama dengan ucapan saya yang sebenarnya. Saya dengar berkali-kali.


"Ia telah menimbulkan fitnah dan kemarahan orang ramai terhadap saya.


"Fitnah itu terlalu berat dan besar akibat laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos, sehingga berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman berat yang saya lalui pada hari ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.


Sementara itu, peguammnya Mohamed Hanipa Maidin berkata, notis tersebut dihantar kepada ketua pengarang Utusan untuk menarik balik fitnah yang dilemparkan ke atas Mohamad.

"Kalau tak tarik balik, saya d
iarahkan untuk memfailkan saman minggu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya.



Ditanya mengapa tindakan menghantar notis itu dibuat sekarang, Mohamed Hanipa berkata, ini kerana laporan akhbar itu disiarkan ketika beberapa hari sebelum cuti Aidilfitri.


"Ia berlaku dalam suasana raya... Kita perlu masa untuk study dari aspek perundangan.


"Kira Utusan ni tak adillah, (siar) dekat raya, (waktu orang) bercuti," kata Mohamed Hanipa.


Selain itu, Hanipa berkata beliau juga diarahkan oleh memfailkan saman kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu berkenaan.


Mohamed Hanipa berkata beliau juga diarahkan oleh anak guamnya untuk menfailkan saman kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung bil pembayaran perubatan pembedahan ligamen lututnya yang terkoyak dirempuh kereta polis pada 9 Julai lalu. -mk








Ulasan GB

Sebelum ini GB menyatakan:

Menteri-menteri UMNO termasuk media arus perdana (eletronik & cetak) membesar-besarkan isu ceramah Mohd Sabu disamping dilihat "menghasut" rakyat untuk menyaman Mohd Sabu hanya bersandarkan kepada laporan palsu & fitnah Utusan Malaysia.

Bekas-bekas polis yang membuat laporan polis terhadap Mohd Sabu pula lansung tak dengar isi kandungan sebenar ceramah Mohd Sabu.

Menjadi beban kepada semua pihak yang membuat laporan polis untuk membuktikan dalam ceramah Mohd Sabu itu ada terdapat dakwaan yang kononnya beliau mendakwa "pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara". Kalau tak der siaplah kamu-kamu yang memfitnah.


Ternyata, polis pasti gagal untuk dakwa Mat Sabu. Mereka kekurangan bukti. Sekalipun beratus laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu, namun kesemuanya hanya bersandarkan fitnah dari akhbar Utusan Melayu. Malah hampir kesemua mereka yang membuat laporan polis berkenaan tidak dengar pun ceramah Mat Sabu.

TETAPI, Mohd Sabu mempunyai banyak BUKTI KUKUH untuk mendakwa Utusan Malaysia yang memfitnahnya. Memang wartawan Utusan bakal terkencing terberak di mahkamah nanti jika kes ini diadili.

Yang nyata, Utusan bakal ditimpa kehinaan lagi selepas ini...

Benarlah janji Allah s.w.t.

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah kepada orang-orang mu'min (laki-laki) dan mukminah yang perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan bagi mereka azab yang membakar. Al-Buruj:10

Dan laporan terbaru...

Tak dapat tanduk, telinga dipulas, apabila mereka menyedari usaha untuk mendakwa Mat Sabu itu pasti gagal, maka kini dilakukan secara kekerasan pula:


Isteri, anak gadis Mat Sabu diugut simbah asid

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Turut hadir dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad. -mk

No comments:

Post a Comment