Sunday, September 11, 2011

Raya sudah berlalu.. Serangan keatas Najib kini bermula?

2 September lalu UMNO Reform telah menyiarkan satu artikel yang bertajuk ‘Selepas Hari Raya, Serangan ke atas Najib bermula?’

Menurut webmaster UMNO Reform pemain utama bagi gerakan menjatuhkan Najib ini adalah Rocky Bru atau Datuk Ahiruddin Atan .


Rocky Bru dikatakan telah terlibat untuk menyerang dan membunuh kerjaya politik Pak Lah seterusnya menghambat beliau sehingga tersungkur dari kerusi PM.

Dan sekarang Najib pula dikatakan bakal menjadi sasarannya melalui program yang dinamakan BERSIH NAJIB.

Tulis webmaster UMNO Reform lagi Mungkin kita perlu melihat siapa di belakang usaha menjatuhkan Najib. Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah Mansur untuk mengecilkan Najib dan mendesak Najib untuk berundur.

Apa, benarkah Rocky Bru berperanan untuk menghentam Najib melalu media alternatif?


Kini.. Hari Raya telah berlalu dan Tun Mahathir mula mengkritik Najib secara terbuka, mengulangi apa yang pernah dilakukannya terhadap Pak Lah suatu ketika dulu..

Mahathir akui populariti Najib jatuh akibat cara tangani Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.

Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.

Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.

“Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.

Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.

“Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa”.

The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment