Monday, September 26, 2011

Pendedahan cinta Shahz Jaszle & Lash Mokhtar kecewa!







SYED percaya memang ramai yang terkejut bila Shahz Jaszle mengaku bercinta dengan pelakon baru Miera Liyana. Iyalah, baru berjumpa dalam sebuah penggambaran filem, terus dilamun cinta.


Syed tak tahu cinta yang bagaimana mereka lalui. Ada yang kata hanya cinta lokasi dan tak kurang juga yang anggap itu cinta dibuat-buat. Jatuh cinta yang mendadak dan umum pada semua yang mereka pasangan kekasih, memang berani. Maklum sajalah, seminggu bercinta sudah kecoh satu Malaysia, jarang dibuat orang tu.




Walau apa juga jenis kategori cinta mereka, itu bukan masalah besar. Kalau ada yang perasan, cinta mereka ni cukup banyak mengheret orang lain dalam kancah yang sama.


Minggu lalu, Neelofa lega dengan pengumuman yang dibuat pasangan itu. Sebelum ini kecoh orang kata Lofa rampas Shahz daripada Maria Farida, ternyata ia tak betul, selamatlah Lofa sekarang.


Tup-tup baru-baru ni ada yang bercerita hal pelakon Lash Mokhtar yang sebenarnya sedang menderita teruk, ekoran pendedahan pasangan baru itu. Lash Mokhtar ni sekadar sederhana popular, tetapi bakatnya boleh tahan hebat juga.


Ada sumber yang memberitahu Syed, Lash Mokhtar begitu kecewa bagai nak gila dengan pengakuan Miera Liyana tu. 


Sebelum ni mereka merupakan pasangan kekasih yang sedang mengenal hati budi katanya.


Malah banyak gambar mesra Miera dan Lash yang tersebar di internet. Mesra bukan sikit-sikit beb, mesra yang sesungguh-sungguhnya.


Mungkin sebab itu Lash kecewa sangat bila sekarang ini, dirinya ditinggalkan tanpa arah, tanpa sebarang ucap selamat.


Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja Miera Liyana kata dia bercinta dengan orang lain dan Lash hanya tahu melalui surat khabar bila Miera kata dia sudah bercinta dengan Shahs pula.


Maknanya Miera tak beri sebarang kata putus kepada Lash, tetapi dah mengaku bercinta dengan orang lain?


Nasihat Syed pada Lash Mokhtar agar bersabar sahajalah. Bunga tak sekuntum.


Syed: Geli dengar cerita pasangan artis lelaki tinggal sebumbung. Keluar rumah ada kesan gigitan cinta lagi.

No comments:

Post a Comment