IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". "Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya". Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.
Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.
Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris. "Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan. Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak. "Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.
Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa. Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.
DS Nizar menziarahi Pak Majid
Sebelum daripada ini, DS Nizar telah sempat menziarahi Pak Majid dirumah anaknya. DS Nizar yang baru sahaja pulang daripada Mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur, telah sudi meluangkan masa untuk menziarahi pejuang kemerdekaan ini yang semakin uzur dilewat usianya.
Sungguhpun kelihatannya lemah, namun tidak pada semangatnya. Pak Majid dengan suara yang kedengarannya tenggelam timbul, nyata masih mempunyai ingatan yang kuat mengenai zaman perjuangannya menentang penjajah.
Sebaik sahaja topik tersebut diutarakan, Pak Majid akan mengimbau kembali saat-saat itu dengan sepenuh tenaga dan semangat. Masih banyak peristiwa-peristiwa dan juga nama-nama yang melekat kuat diingatannya. Satu persatu akan dihuraikan dengan baik.
Pak Majid juga telah menghasilkan banyak buku-buku sejarah perjuangan kemerdekaan. Semoga jasa memperjuangkan kemerdekaan negara oleh Pak Majid dan juga rakan-rakannya yang lain tidak dilupakan begitu sahaja. Lebih malang lagi, jasa-jasa mereka ini telah ditutup dengan sejarah negara yang direka-reka untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja.
DS Nizar membacakan selawat syifa' |
DS Nizar sedang meneliti antara buku-buku tulisan Pak Majid |
Pak Majid menceritakan sesuatu mengenai buku tulisannya |
No comments:
Post a Comment