Thursday, September 29, 2011

Kenapa Perlu Minta Maaf Pada Julia ?- Didie Alias




Lanjutan daripada penjelasan Julia Ziegler semalam, OHBULAN! telah menghubungi Didie Alias bagi mendapatkan kepastian mengenai artikel Julia Ziegler Tuntut Didie Alias Mohon Maaf".
“Apa yang saya tahu, pada waktu itu sudah lewat malam dan saya tidak membenarkan dia keluar seorang diri. Sebagai pengurus produksi, saya tidak mahu ada apa-apa yang berlaku pada Julia kerana saya adalah orang yang bertanggungjawab terhadap semua kru yang berada di set penggambaran.”

Didie turut menjelaskan bagaimana isu ini boleh tercetus.
“Dia yang menjaja cerita sendiri, saya tidak pernah menyebarkan fitnah tentang dia. Dan pada waktu itu, dia berkata dia mahu berjumpa dengan kawannya, bukan ibunya yang sedang sakit seperti yang diberitahu.”
“Kalau betul dia mahu melawat ibunya yang sedang sakit, saya akan benarkan. Saya sendiri ada ibu dan saya tahu perasaannya. Takkanlah saya tidak benarkan dia keluar semata-mata untuk penggambaran.” ujar hos rancangan “1 VS 0″ itu.
Ditanya jika dia akan meminta maaf pada Julia Ziegler, Didie menjawab,
“Kenapa saya perlu minta maaf pada Julia? Sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu mengenai isu ini sehinggalah tersebar cerita melalui rancangan hiburan yang disiarkan minggu lepas.”

No comments:

Post a Comment