Thursday, September 22, 2011

Jet Bawa Ali Rustam Ditahan Di Indonesia

KUALA LUMPUR: Tindakan Tentera Nasional Indonesia (TNI) menahan pesawat sewa khas membawa rombongan kerajaan negeri Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, kelmarin bukan kerana tidak mendapat kebenaran menggunakan ruang udara negara jiran itu.


Sebaliknya, pesawat milik Heritage Airlines, BAE 146-200 itu ditahan kerana kegagalan ejen dilantik menyiapkan permit mendarat di lapangan terbang itu, untuk mengisi minyak ketika dalam penerbangan pulang dari Dili, Timor Leste.

Ketika ditahan, pesawat itu membawa rombongan 82 orang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan dalam perjalanan pulang selepas mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Timor Leste atas jemputan Presiden Jose Ramos Horta.

Pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam, jam 6 petang kelmarin. Akibat penahanan itu, ia hanya tiba di sini jam 2.15 pagi semalam.

Ketua Canseri Kedutaan Malaysia di Jakarta, Raja Reza Raja Zaib Shah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan itu, namun urusan mendapatkan kebenaran pesawat meninggalkan Indonesia diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Luar Indonesia dan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI). - darisungaiderhaka

No comments:

Post a Comment