Monday, September 12, 2011

Hotel Emas di Swisshorn Gold Palace, Hong Kong (13 GAMBAR)


Bersilau mata kami dibuatnya melihatnya gambar hotel emas bagi Swisshorn Gold Palace Hotel di Hong Kong. Lain daripada yang lain. Bukan sahaja senibina hotel ini berasaskan emas, malah semua perabot yang digunapakai di hotel ini turut diperbuat daripada emas tulen sebagai usaha menarik ramai pelanggan berkunjung dan menginap di hotel mereka.


Berapalah agaknya harga semalamataupun deposit menginap di hotel emas ini? Hotel emas tulen, perabot emas. Cukup luar biasa, pastinya keselamatan pun mestilah luar biasa. Kalau tidak :


“Pengunjung datang dengan beg kosong, balik berat semacam sahaja beg”. Kan?
Mengalahkan Sultan Brunei. Ini barulah betul dikatakan hotel mewah. Mewah gile….





Kalau beginilah rupabentuk tandasnya, rasa sayang pula nak “melabur”. Haha…sampai macam itu sekali?
Yang dah tak tahu nak campak mana duit itu, boleh merasa pula tidur di atas emas






Kalau melihatkan koleksi gambar hotel emas ini, semuanya emas bukan. Tetapi adakah makan minum di hotel ini pun berbekaskan emas juga? Kalau betullah rasanya tak sesuai untuk umat Islam. Betulkan kalau kami tersilap ya….
Dalam konteks perhiasan dan alatan yang digunakan sehari-hari, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar dipatuhi penganutnya. Panduan ini termuat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. antaranya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, al-dibaj (sutera bercorak), jangan kamu minum menggunakan bekas emas dan perak dan jangan pula kamu makan di dalam mangkuk yang diperbuat daripada keduanya kerana ia adalah untuk mereka (orang kafir) di dunia manakala ia adalah untuk kamu di akhirat”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam Sabdanya yang lain Nabi S.A.W.: “Barang siapa yang minum menggunakan bekas perak atau emas, seolah-olah ia menuangkan api neraka Jahannam ke dalam perutnya”. (Hadis riwayat Muslim). al-Barra bin Azib ada meriwayatkan hadis, katanya: “Rasulullah melarang kami dari minum dalam bekas emas, sesiapa yang meminum dalam bekas emas di dunia tidak akan minum dengannya di akhirat”. Para ulama juga ijmak (berlaku kesepakatan) dalam pengharaman mengunakan bekas emas dan perak ini. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Kaum muslimin berijmak terhadap pengharaman makan dan minum menggunakan bekas emas dan perak ke atas lelaki dan perempuan”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, jld. 14, hal. 27, Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi)
P/S : Berapa agaknya tan emas yang digunakan bagi membina hotel emas ini?

No comments:

Post a Comment