Thursday, August 11, 2011

Saya Belum Tonton Video Seks Itu – Jamil Khir


PUTRAJAYA – `Saya belum menonton video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu’. Kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



Beliau berkata, disebabkan itu beliau tidak dapat memberi ulasan sama ada pelakon didalam video seks tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak dapat mengulas sama ada lelaki itu Anwar dan kita serahkan sepenuhnya siasatan kepada penguatkuasa bagi menyiasat perkara itu.

“Dalam kes ini tuan tubuh tidak mengaku tetapi yang mendakwa kata mirip. Hendak nafi kata saiz tubuh badan berbeza pun tidak boleh juga sebab ada lelaki pakai tali pinggang, perempuan ada yang pakai bengkung,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita adakah lelaki di dalam video seks itu Anwar pada Perhimpunan Islam Penggerak Transformasi yang turut dihadiri Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, dakwaan bahawa pihaknya akan mempengaruhi pemilihan barisan pendakwa raya berkenaan isekiranya kes itu dihadapkan di mahkamah adalah tidak benar.

Menurutnya, beliau tidak akan campur tangan dalam pemilihan tersebut kerana Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkuasa penuh melantik barisan pendakwa raya berhubung kes itu.

“Tuduhan kami terlibat tidak berasas kerana Agong yang melantik barisan pendakwa raya tanpa ‘gangguan’ menteri,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment