Tuesday, August 23, 2011

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak(PKNP) Memotong Bekalan Elektrik Di Terminal Bas Medan Gopeng

CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Datuk Samsudin Hisham perlu menjawab ekoran arahan memutuskan bekalan elektrik di Terminal Bas Medan Gopeng Perak. Sebelum ini Datuk Samsuddin telah membuat Mou (Memorandum of Understanding) dengan syarikat dari Hongkong bagi membuka sebuah lagi kawasan bagi mengeluarkan nadir bumi di Bukit Merah tanpa pengetahuan kerajaan negeri.


Dengan arahan itu pengusaha bas merancang akan menutup operasi perjalanan bas ekspres ke semua destinasi di Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng, Jumaat ini, sekiranya bekalan elektrik di terminal berkenaan tidak disambung semula.

Wakil pengusaha bas, Faizal Mustafa berkata, tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memberi arahan memotong bekalan elektrik berkenaan sejak seminggu lalu telah menjejaskan jadual perjalanan bas terutama pada musim perayaan minggu depan.


Menurutnya, ia juga tidak memberi keselesaan kepada penumpang dan pekerja di bangunan itu yang terpaksa memasang lilin untuk menjimatkan penggunaan generator yang menelan kos RM2,000 setiap hari.

“Terminal ini beroperasi 24 jam untuk memberi kemudahan kepada penumpang untuk pulang berhari raya pada musim cuti ini. Namun, tindakan PKNP tanpa memberi apa-apa notis menerusi perintah mahkamah telah menyusahkan beberapa pihak.

“Tindakan itu juga berikutan keengganan pihak kami mematuhi arahan PKNP untuk ditempatkan ke tingkat atas bangunan terminal ini sejak April lalu,” katanya di sini, semalam.

Faizal berkata, keadaan bahagian atas terminal dilihat tidak kondusif untuk dijadikan sebagai kaunter tiket dan ruang menunggu penumpang.

“Kami rasakan dari segi prasarana dan kesesuaian tempat itu tidak sesuai langsung untuk penumpang khasnya pada musim hujan ini. Malah, kami terima hakikat bahawa kami akan dipindahkan ke Meru Raya setelah terminal di sana siap.

“Sampai bila kami akan menanggung kerugian ini yang melibatkan kos yang lebih besar. PNKP seharusnya tidak bersikap kejam dengan pengusaha Melayu di sini” katanya.

100 penumpang terpaksa berurusan dalam gelap untuk membeli tiket ke destinasi masing-masing selain suasana ruang legar yang gelap dan panas.

No comments:

Post a Comment