Wednesday, August 24, 2011

Pemborong pakaian didenda miliki salinan kartun Upin & Ipin (@bharianmy)


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sebuah syarikat pemborong pakaian hari ini didenda RM300,000 atau dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan memiliki 150 unit salinan cetak rompak gambar kartun “Upin & Ipin” tanpa kebenaran Syarikat Les” Copaque Production Sdn Bhd.



Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas Syarikat Fook Tai Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Yap Kien Sing, 49, mengaku memiliki salinan gambar berkenaan yang dicetak di atas baju “T” kolar bulat tanpa kebenaran pemilik syarikat animasi itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment