Wednesday, August 31, 2011

Merdeka dan Beraya Cara Gala TV (7 GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2011: Hari Kemerdekaan negara ke-54 yang diraikan bersama-sama sambutan Aidilfitri ternyata cukup bermakna buat sekalian masyarakat negara ini termasuk warga kerja Gala TV di saluran Astro Awani (Astro saluran 501).




Sebagai meraikan perayaan berganda itu, stesen TV yang sentiasa menyiarkan wahana berita terkini sama ada semasa mahupun hiburan, telah bergabung tenaga bagi menganjurkan projek amal Gala TV Raya Merdeka bersama-sama penghuni Rumah Titian Kaseh.

Sarat dengan aktiviti menarik sempena memperingati kemerdekaan negara dan dalam masa yang sama meraikan kemeriahan Syawal, program berkenaan telah mendapat kerjasama tidak berbelah bagi daripada 17 selebriti popular tanah air.

Antara selebriti yang telah hadir menyemarakan program berkenaan seperti Lisa Surihani, Atilia, Black, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Shuib, Sarah Raisudin, Tam, Hairi Anak Wayang, Ammar, Iz Sulaini, Ainul Aishah, Riz Amin dan pelakon kanak-kanak, Mia Sara.

Mereka telah bergandingan bahu bersama-sama kaki tangan Astro Awani dan juga Personaliti TV Syazwan Zakariah, Umairah Uyob, Azman Yusof dan Dino Omar menceriakan kabin lama kediaman kebajikan berkenaan dengan warna cat baru yang ditaja Dulux.



Syazwan yang juga merangkap Editor Gala TV berkata, program amal yang pertama kali diadakan itu, adalah salah tanggungjawab sosial yang dilaksanakan dalam membantu komuniti yang kurang bernasib baik terutama ketika tibanya dua perayaan berganda itu.

"Objektif kami hanya satu, iaitu untuk membantu dan dalam masa yang sama meraikan golongan kurang bernasib baik. Inilah masanya untuk kami memberi semula kepada masyarakat dengan aktiviti amal seperti ini.

" Apa salahnya kami memberikan sedikit warna kepada kehidupan mereka sebagai simbolik keperihatinan kami kepada mereka," katanya kepada portal murai.com.my.
Bukan sekadar aktiviti mengecat, malah program yang bermula seawal jam 3 petang itu turut dimeriahkan dengan permainan kuiz berkaitan kenegaraan, aktiviti membakar lemang dan dodol bersama-sama penghuni Rumah Titian Kaseh.

Segala rencah dan kemeriahan disebalik penganjuran program amal ini akan dapat disaksikan menerusi rancangan Gala TV Raya Merdeka yang akan disiarkan secara eksklusif di Astro Awani pada 31 Ogos ini (Rabu), jam 4.30 petang dan 10.30 malam.

Siaran ulangannya akan dapat ditonton di saluran yang sama iaitu pada keesokan harinya (1 September 2011) pada jam 2.30 pagi, 5.30 pagi, 9.30 pagi dan 12.30 tengah hari.








No comments:

Post a Comment