Monday, August 22, 2011

Liyana Jasmay dan Keluarga Beraya di Australia


Dalam kebanyakan daripada kita mula berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman menyambut kehadiran Syawal yang bakal tiba lebih kurang seminggu lagi, lain pula ceritanya dengan aktres muda Liyana Jasmay.



Buat pertama kalinya, Liyana bersama 14 ahli keluarganya akan berangkat ke Australia untuk menyambut kehadiran Syawal di negara Kanggaru itu.

Liyana berkata bahawa perancangan berhari raya di luar negara itu tercetus apabila mereka sekeluarga mencari waktu yang sesuai untuk pergi bercuti bersama.

“Mulanya kami merancang untuk ke Australia pada tahun lalu, tetapi disebabkan pada waktu itu kakak ipar saya baru sahaja melahirkan anak, kami terpaksa membatalkan perancangan itu.

“Mana mungkin kami meninggalkannya di sini dan berseronok bercuti ke luar negara. Keluarga saya jenis yang kalau bercuti pasti semuanya mesti ada.

“Jadi sekarang ini, anak buah saya itu pun sudah besar sedikit dan boleh menaiki kapal terbang, kami sepakat untuk berhari raya di Australia.

“Bila lagi mahu beraya di tempat orang yang sudah tentu lain adat dan budayanya,” Jelas Liyana ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Restoran Ikan Sungai, minggu lalu.

Menyambung bicara berkenaan destinasi rayanya itu, jelas Liyana, mereka sekeluarga akan bertolak pada petang hari raya pertama nanti.



“Penerbangan kami pada pukul 6 petang, jadi sempatlah kami menyambut hari raya di sini. Seperti biasa pada pagi Syawal nanti kami akan menunaikan solat sunat Aidilfitri terlebih dahulu.Selepas itu kami mengunjungi saudara-mara terdekat sebelum bertolak ke lapangan terbang pada sebelah petang,”

Liyana kata untuk mengelakkan dia dan keluarga merindui rendang dan ketupat sepanjang berada di Australia, mereka akan membawa bekal.

“Kami memang merancang untuk membawa makanan tradisi itu ke sana tetapi memandang Australia tidak membenarkan membawa masuk makanan ke sana, cukuplah juadah hari raya itu menjadi bekalan sepanjang penerbangan ke Australia,” jelas Liyana.

wah mesti best beraya di Negara orang lain kan, suasananya berbeza bila berada di tempat orang lain, apa-apa pun kami doakan bahawa Liyana dan ahli keluarga yang lain selamat pergi dan balik

No comments:

Post a Comment