Wednesday, August 24, 2011

Bapa Kelar Anak Diheret Ke Mahkamah (VIDEO) @NajibRazak


Tindakan kejam seorang bapa menyembelih anaknya mengheret lelaki itu ke muka pengadilan pagi tadi.



Tertuduh, Shahli Harun 42 tahun, dari Kampung Gual Jumaat, Gurun, Kedah, tidak mengaku bersalah atas perbuatannya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin.

Tertuduh yang kelihatan sugul bagaimanapun tidak mengaku bersalah.

Sambil mengangguk kepala, tertuduh memberitahu mahkamah dia tidak faham ketika pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya, Masriwani Mahmood.

Mengikut pertuduhan, pada Isnin 22 Ogos lalu, tertuduh didakwa menyembelih anak perempuannya yang berusia 5 tahun menggunakan parang panjang.

Kejadian jam 2.00 petang kelmarin di Lebuh Raya Bukit Besi-Ajil berdekatan plaza tol Bukit Besi, Dungun.

Ketika kejadian, suspek dan isteri dalam perjalanan pulang ke kampung di Gurun, Kedah untuk bercuti hari raya.

Tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki rosak.

Difahamkan pertengkaran berlaku antara suspek dan isteri, menyebabkan suspek berusia 42 tahun naik berang dan hilang pertimbangan.

Suspek kemudian memegang seorang daripada anak kembarnya sambil mengacukan parang ke leher.

Mahkamah menetapkan 3 Oktober depan, sebagai tarikh sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment