Tuesday, August 23, 2011

Amaran kepada blogger pro-pembangkang & Tiada Amaran kepada blogger pro-kerajaan


SKMM perlu disiplinkan blogger tempatan yang sebar fitnah

JOHOR BAHRU 23 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta “mendisiplinkan” blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, SKMM perlu bertindak segera terhadap blogger terbabit kerana fitnah dan tohmahan kini berleluasa di alam maya.

"Kita berharap pihak yang bertanggungjawab seperti SKMM dapat mendisiplinkan blogger-blogger yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. SKMM perlu bertindak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma) di Dataran Bandaraya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar. - Bernama

sumber : PBO

No comments:

Post a Comment