Tuesday, August 23, 2011

19 Lagu Terbaik KRU Dirakam Semula Untuk Dimuat Turun


Rakaman semula itu dilakukan sebagai penghargaan buat peminat yang masih dan inginkan koleksi lagu-lagu popular mereka. Buat julung kalinya lagu-lagu terbaik dan popular mereka sudah boleh diperolehi secara digital menerusi muat turun.



KUALA LUMPUR, 23 OGOS 2011: Sempena sambutan ulang tahun yang ke-19, KRU telah merakam semula 19 buah lagu-lagu popular mereka iaitu 2, Apa Saja, Awas, Balada Hati, Bidadari, Di Dalam Dilema, Fanatik, Jangan Lafazkan, Janji Tinggal Janji, Luarbiasa, Mengerti, Negatif, Ooh La La, Perpisahan Terasing, Sampai, Sayang, Terhangat Di Pasaran, dan Untukmu secara digital.
Malah rakaman semula itu dibuat khusus buat peminat-peminat KRU yang selama ini telah menyokong mereka sejak muncul di persada dunia seni tanah air.

Walaupun KRU kini telah pun berkembang daripada pelbagai aspek, namun KRU Studios tidak sesekali melupakan jasa peminat-peminat yang selama ini telah membesar dengan lagu-lagu mereka. Justeru itu, dengan kehadiran 19 buah lagu yang boleh dimuat turun itu, sedikit sebanyak dapat memberikan kepuasan dan menghilangkan rindu peminat-peminat KRU di luar sana.

Jadi apa tunggu lagi, muat turunlah nada dering panggil anda sekarang. Untuk pelanggan Celcom anda boleh melayari www.channelx.com.my/mdp/promo_kru.jsp. Manakala bagi pelanggan Maxis pula layarilah www.musicunlimited.com.my/maxisweb. - murai.com.my

No comments:

Post a Comment