Friday, July 22, 2011

Mat Sabu Tidak Dihalang Saman Polis (VIDEO & DIAGRAM)

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak dihalang menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lepas.
“Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional.

“Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video)…terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian,”kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, seperti dilaporkan bernama hari ini.

Polis pada Khamis menyiarkan rakaman video yang menunjukkan motosikal yang dibonceng Mohamad tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U, motosikal itu terkena ‘fender’ Pajero polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

“Kita ada rakaman CCTV di Sri Bukit Persekutuan yang menunjukkan bahawa kejadian yang berlaku bukan seperti yang ditohmahkan”, kata Datuk Salleh Mat Rashid, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dalam sidang media berkenaan kes kecederaan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, 9 Julai 2011.
Berikut disiarkan kronologi foto-foto seperti yang diperkatakan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dalam video di atas.












No comments:

Post a Comment