Tuesday, July 26, 2011

Kes ketuk ketampi bogel selesai di luar mahkamah

KUALA LUMPUR 27 Julai – Wanita Melayu yang rakaman video dia sedang ketuk ketampi dalam keadaan bogel ketika ditahan pihak polis tersebar lima tahun lalu, hari ini bersetuju menyelesaikan tuntutan samannya di luar mahkamah.


Hemy Hamisa Abu Hasan Saari mengemukakan saman terhadap seorang konstabel polis dan kerajaan Malaysia selepas rakaman video tersebut tersebar, sebelum ini menuntut ganti rugi sebanyak RM250,000.

Persetujuan itu direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Lau Bee Lin tetapi jumlah ganti rugi berkenaan tidak didedahkan. – Utusan

No comments:

Post a Comment