Sunday, July 17, 2011

Cincin RM75 Juta : Agak-agaklah Kalau Nak Menipu Pun!!

Dua tiga  hari ni heboh dengan pendedahan terbaru oleh CheguBard kononnya beliau punyai bukti cincin Ds Rosmah bernilai USD24 juta bersamaan RM75 juta, Pisau hanya mampu tersenyum melihat kebodohan blogger haprak boleh mendedahkan cincin yang mencecah RM75 juta hanya dihantar mengunakan syarikat seperti DHL.
Kenapalah sejak akhir akhir ni media baru haprak pakatan semakin nampak kebodohan mereka. Makin lama makin tenat. Sudahlah kehabisan modal, nak rekayasa pun agak agaklah bagi nampak logik.
Logik kah?
 RM75 juta boleh buat bangunan bro, dah tu blogger haprak pakatan kata wang itu dirembat dari peruntukan tabung permata.
Orang gomen mesti tau ni satu lagi kerja haprak pakatan nak perbodohkan rakyat. Wang kerajaan tak semudah tu dirembat, audit dan akaun semuanya dipantau . Janganlah buat orang lain jadi sebodoh penyokong pakatan. Agak agaklah kalau nak menipu pun.
Satu lagi yang menariknya  blogger  Jeff Damien buktikan yang haprak pakatan kantoi menipu.
Macam mana mereka boleh dakwa rosmah terima cincin US24 juta yang jelas di ragui kesahihannya sedangkan REKOD CINCIN TERMAHAL DUNIA SEBERAT 6.04 KARAT DAN BERHARGA US7.89 JUTA! -
VVIP seperti Ds Rosmah kalau nak bawak masuk cincin tak perlu nak  lalui pemeriksaan Kastam.
Apa kejadahnya beli cincin mahal mahal suruh hantar melalui pos, sedangkan beliau boleh pergi sendiri ke New York, Sedangkan VIP dan Diplomat pun tak payah lalui pemeriksaan kastam inikan pula isteri PM.

No comments:

Post a Comment